Friday 4 September 2009

Semalam yang suram


Malam masih muda..tapi kemalasan yang teramat sangat memaksa ku lontarkan tubuh ini diatas tilam empuk dibilikku....aku melihat tepat kearah lampu suram berwarna kuning yang menghiasi salah satu sudut bilik ku. Tiba-tiba perasaanku berubah menjadi sayu. Kenangan silam yang pernah melanda diri ini memaksa empangan mataku untuk pecah kerana derasnya limpahan airmata. Ku biarkan ia pecah dan terus mengalir membasahi pipiku. Sesekali ku salahkan diri ini kerna apa yang telah berlaku tapi tetap tegar dengan pendirianku yang mengatakan aku tidak bersalah dalam hal itu. Airmata jernih terus mengalir mambasahi pipiku. Cadar berwarna biru yang menghiasi tilam empukku memahami perasaan hati yang pernah terluka ini.

Malam itu...hujan lebat yang turun seolah-olah memahami perasaan hatiku. Deruan angin kencang yang memukul apartment mewahku seolah-olah faham akan kerinduanku padanya. Sesekali tempias hujan membasahi cermin tingkap yang berada disebelah kiriku mengingatkan aku tentang airmata yang pernah kujadikan bukti tanda cintaku padanya.

Aku mula menyedari betapa sukarnya menjalani kehidupan ini apabila orang yang kita cintai berada sangat jauh dari diri ini. Dia..insan yang ku sanjung kerana cinta agung yang di berikan padaku. Dia memberikan aku seribu janji yang menjanjikan kebahagian hidup. Dia menjanjikan pelayaran hidup yang bahagia. Dia memberikan segala apa yang dia mampu berikan padaku.

Malam semakin tua....tapi aku terus memikirkan segala kenangan silam dan situasi yang sedang berlaku dengan diriku. Ahh...benci dengan hidup ini....tapi terpaksa aku teruskan. Perlahan-lahan ku mengapai tisu diatas meja laptop ku lalu ku kesat air mataku yang masih mengalir. Dia terus menghantui fikiran ini. Kali terakhir aku berchatting dengannya ialah minggu lepas. Masih teringat lagi kata-kata terakhirnya "I Love you lots my Dear". Aku tersenyum sinis bila mengingatkan kata-kata terakhirnya. Hatiku terus menjadi suram merinduinya.

Lalu ku gapai handphone ku yang kuletakkan diatas rak yang dibeli bulan lepas. Perlahan-lahan ku membuka inbox dan satu per satu ku baca message-message darinya yang ku simpan. Oh...tidak....aku terlalu merinduinya...aku terlalu sayang dan tak mampu hidup tanpa dirinya. Terasa diri ini disayangai oleh seseorang bila membaca message darinya yang berbunyi "Hi Darling I hope you are OK, Can't say much in a text, So will email later. Love you and miss you very much. xxxxx".

Ku terus menekan keypad handphoneku tuk mencari message-message darinya. Message ini mengingatkan aku tentang salah faham yang pernah berlaku antara dia dan aku. Lalu aku redha dan meminta maaf dengannya dan mengatakan "Thanks for still loving me". Dengan jarak berpuluh ribu kilometer, dia kirimkan message yang berbunyi "How can I stop Loving you? You're embedded in my heart xxxxx". Ibarat hidup ini sangat indah..

"Ding dongggg..." jam dinding yang tersangkut di ruang tamu berbunyi menandakan tepat pukul 12 tengah malam. Aku paksakan diriku untuk tidur.....walaupun masih masih ada seribu kenangan yang bermain dikotak fikiranku. Kesejukan semalam memaksa ku menarik selimut tebal di kakiku dan kuletakkan diatas dadaku. Aku menutup mata ini dan tanpa disedari....aku terlelap ke dunia maya.

I Miss you very much dear..i will be in the UK next year and we will be together...

2 comments:

Unknown said...

All the best for you ya...

Andrik McVean said...

thanks mandak....

Other stories

Related Posts with Thumbnails