Friday 1 May 2009

OIAM 3 Grand Final -Tomok Juara Esther Kecundang


Tomok Juara OIAM 3

Keputusan baru saja diumumkan sebentar tadi. Ternyata Esther tidak mampu untuk menggugat kehebatan Tomok. Kalau dari segi persembahan pada malam ini, saya sendiri memilih Tomok sebagai Juara. Bukan kerana berat sebelah, tetapi ternyata Tomok terlalu hebat bukan saja dari segi vokalnya tetapi dari segi persembahannya.

Tetapi tidak saya nafikan, saya amat meminati persembahan Please don't stop the music daripada Esther. Persembahan yang amat bertenaga daripada Esther bagaimanapun tidak mampu untuk memikat hati rakyat Malaysia apabila beliau gagal untuk meraih undian daripada rakyat Malaysia. Dalam pada masa yang sama, saya amat kecewa dengan persembahan Esther yang agak tidak professional semasa manyanyikan lagu barunya.

Esther menyanyikan lagu barunya seolah olah terpaksa dan tidak "smooth". Dari segi vocal pula, Esther tidak menunjukan keunikan yang luar biasa pada malam ini. Walaupun Esther cuba bangkit pada persembahan keduanya, tetapi sudah terlalu lambat kerana undian Tomok sudah berada diatas pada masa itu. Ada beberapa bahagian lagu, esther hampir tidak mampu mencapai not tersebut sehingga terpaksa menarik mikrofon terlalu jauh ke bawah.


Esther kecundang di tangan Tomok

Bagi persembahan Aweera pula, sememangnya saya melihat peningkatan yang agak ketara. Beliau bukan sahaja menunjukkan peningkatan dari segi vokal tetapi beliau juga menunjukkan kepada malaysia yang beliau boleh berkomunikasi dengan penonton dengan amat baik.

Mengulas mengenai persembahan Tomok, seperti yang saya jangkakan apabila beliau mendengangkan lagu yang berentak perlahan dan pastinya beliau akan mengubah tempo lagu tersebut dengan "arrangement" yang suda diduga. Walau bagaimanapun, sememangnya Tomok merupakan jejaka yang mempunyi ramai peminat di seluruh negara yang tidak berhenti untuk mengundi beliau. Apabila saya mendapat tahu yang Tomok akan mendendangkan lagu yang dicipta oleh Aubrey, saya sudah menjangkakan yang ia pastinya sebuah lagu yang sungguh mantap. Mengulas lebih tentang persembahan Tomok, beliau telah menunjukkan persembahan yang sungguh mantap pada malam ini.

Agak sukar untuk saya nafikan, apabila persembahan tomok pada malam ini telah memukau saya. Mutu vokalnya juga jauh lebih jelas dan sangat bagus. Saya membuat perbandingan antara Tomok dan Esther. Bagi saya masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri. Bagi Tomok, saya tidak menafikan bahawa beliau mempunyi satu suara yang jelas dan walaupun beliau cuba untuk mencapai not not yang agak tinggi, ia masih jelas kedengaran. Esther pula, keunikan vokalnya memang luar biasa. Tetapi apabila beliau cuba mencapai not not yang tinggi, vokalnya menjadi terlalu nipis dan tidak kedengaran. Kadang kala esther terpaksa menarik mikrofon untuk cover vokalnya. Kalau saya lihat persembahannya pada malam ini pun, banyak bahagian-bahagian yang amat jelas mendedahkan kelemahan yang saya sebutkan tadi.


Aweera kalah di tangan Tomok

Berbeza dangan persembahan Tomok pada malam ini, beliau telah mendengangkan lagu baru beliau dengan peruh perasaan, dramatik dan beliau juga telah menunjukkan kehebatan vokalnya apabila dengan peuh dinamik beliau mengalunkan melodi tersebut dengan jelas dan merdu.

Kecundangnya Esther di tangan Tomok tidak bermakna berakhirnya perjalanan seni Esther. Ia sebenarnya baru sahaja bermula. Saya ucapkan Tahniah kepada Tomok dan kepada Esther anda semangnya sangat berbakat cuma anda telah membuat sedikit kesilapan apabila anda tidak menunjukkan kekuatan vokal anda. Kepada Aweera, jangan bataskan bakat anda kerana "you have your own brand".

Kalau saya diberi kuasa untuk memilih siapakah yang saya akan pilih untuk menjadi juara, saya tidak ragu-ragu untuk memilih Tomok. Ini adalah berdasarkan persembahan malam ini. Kalau berdasarkan konsistent setiap minggu, saya akan memilih Esther. Tetapi saya akan mengambil kira persembahan pada malam ini untuk menentukan juara.

Berikut adalah ranking saya di grand final OIAM 3
1. Lagu baru Tomok
2. Please Dont stop the music oleh Esther
3. Madely oleh Aweera
4. Hanya kau yang mampu oleh Tomok
5. Lagu baru Aweera
6. Lagu baru Esther (when i knew sharon paul is the composer, i said NO to myself because i knew the song is not as nice as Aubrey..sorry)

Mungkin ada diantara yang tidak setuju dengan ranking saya pada malam ini. Tetapi ini adalah ranking saya apabila melihat persembahan para peserta. Ulasan saya tidak bersikap berat sebelah. Sememangnya saya mengharapkan Esther untuk memenangi OIAM 3 tatapi melihat kepada persembahan Tomok pada malam ini, beliau telah membuktikan kepada seluruh rakyat malaysia bertapa hebatnya beliau.

Opsss......i am very sure my Sabahan friends will get upset when they know i write this...but i'm sorry guys...Tomok's performances were EXCELLENT tonight and Esther and Aweera is Good.

But i am defenately very sure there will be a recording artists company to take her!!! Thats for sure!!!

6 comments:

Anonymous said...

Lagu umbrella ka tu? Bukan please don't stop the music?

Andrik McVean said...

oh yes...please dont stop the music...you were right...thanks for pointing out my mistake

sweetie~ said...

teruk betul ba new song utk c esther tu......ntah apa2 ntah...tu yg bkin kalah dia.....cuba la dia modified abis tu lagi kasi sedap lagi melody dia.....punya boring tu lagu macam kehabisan lagu sda di dunia ni...!

ya w/pun smua persembahan average saja......tomok better than ester malam tu....kesian jgk esther sbb expectation org utk dia tinggi ba....

Andrik McVean said...

about her new song...memang when i knew sharoon will compose for her..i said to myself...mesti lagu boring

Anonymous said...

memang la lagu tomok best...penciptanya orang yg sama dengan yg mencipta lagu kemenangan jaclyn victor 'gemilang' - mr aubrey suwito...

lagu esther baru tidak best sebab pencipta yg tidak best cipta lagu tu...eee..geram..


yang penting, punca kekalahan esther ialah pemilihan lagu yang tidak tepat..

tidak apa la esther, ko boleh pergi jauh sampai ke peringkat international dengan suara ko..;-)

Anonymous said...

memang la lagu tomok best...penciptanya orang yg sama dengan yg mencipta lagu kemenangan jaclyn victor 'gemilang' - mr aubrey suwito...

lagu esther baru todak best sebab pencipta yg tidak best cipta lagu...


yang penting, punca kekalahan esther ialah pemilihan lagu yang tidak tepat..

tidak apa la esther, ko boleh pergi jauh sampai ke peringkat international dengan suara ko..;-)

Other stories

Related Posts with Thumbnails