Tuesday 25 March 2008

Ulasan AF6 konsert 1

So...what my topic is about AF6 yang sedang hangat diperkatakan oleh bloger2 dari seluruh Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa AF mempunyi peminat dan penyokongnya yang tersendiri dan agak sukar digugat digugat popularitinya. Konsert pertama AF6 telah pun bermula beberapa hari yang lepas dan hasil daripada kajian yang telah dibuat begitu ramai bloger2 di seluruh Malaysia yang memberi pendapat mereka masing-masing. Setelah membaca banyak komen daripada bloger handalan maka saya mengambil keputusan untuk mengetengahkan komen2 pedas saya yang telah lama tersimpan di dalam sanubari ini (ceww wahh minta puji si andrik). Saya komen para pelajar secara random.

1. Yana- secara jujur saya katakan disini, yana bukanlan pelajar yang layak disingkirkan pada malam itu. Ada beberapa lagi pelajar yang begitu teruk persembahannya. Boleh saya katakan persembahan yana agak sederhana. Berdasarkan point yang saya berikan kepada beliau, saya merasakan beliau mempunyi potensi yang besar untuk menjadi bintang. Dari segi persembahannya, tidaklah begitu membosankan. Dari segi vocal pula agak baik. Saya amat gemar suara besar yana yang ada karekter yang tersendiri. Suaranya agak jelas dan membuatkan sebuatannya juga agak jelas. SCORE: 6.8/10

2. Alif- Alif merupakan pelajar lelaki yang saya boleh katakan mempunyi pakej dari segi rupa paras (X-factor). Walau bagaimanapun, sedikit mengecewakan apabila suaranya tidak lah sebagus suaranya. Mungkin ini adalah minggu yang pertama, namun begitu harus difikirkan bahawa, minggu pertama atau kedua atau kelima bukanlah faktor utama yang menentukan mutu persembahan atau vocal. secara jujur saya katakan Alif sebenarnya, masih perlukan banyak usaha untuk polish vocalnya. Selain itu, lagu yang dibawakan oleh Alif agak senang jika dibandingkan dengan pelajar2 yang lain. Mutu suaranya masih belum nampak kekuatan serta bukti yang betul2 cukup untuk mengatakan beliau layak bergelar sebagai artis. SCORE: 4.8/10

3. Riz...ya memang sebuah persembahan yang agak baik. Boleh saya katakan suara Riz agak lembuat dan memang merdu didengan. Walaupun suara Riz bukanlah suara jantan, namun begitu suaranya begitu lunak didengar dan sedap didengar. Bagi saya, memandangkan ini merupakan konsert yang pertama, boleh dikatakan persembahan riz agak cemerlang. Dari segi vocal pula, memang saya tidak nafikan kehebatan suaranya. Persoalannya, boleh kah Riz membawa lagu2 yang berentak Rock? kerana suara riz terlalu sesuai lagu-lagu balada. Saya pula tidak sabar menanti konsert yang seterusnya untuk mendengar suara Riz. SCORE: 7.8/10


4. Rina- mungkin yang lebih muda memanggilnya mama rina. Tetapi saya tetap lebih gemar memanggilnya rina sahaja. Tidak dapat dinafikan suaranya cukup versitile. Saya boleh mendengar vocalnya yang cukup mantap. Mungkin kerana pengalamannya yang banyak. Walaupun begitu, ada satu yang saya tidak begitu meminati dengan rina. Bagi saya, lantunan dan kejelasan suaranya masih lemah. Walaupun suaranya kedengaran bertenaga tetapi tidak begitu jelas, dan buktinya musik lebih kuat daripada vocalnya. Tidak seperti Rina yang saya katakan tadi, suara yana amat jelas dan rina pula tidak begitu jelas. Persembahannya pula sangat baik. Dia langsung tidak kelihatan takut dan nampak begitu tenang sekali. SCORE: 7.3/10


5. Nadia- merupakan pelajar yang cukup mantap dari segi vocalnya. Lontaran2 vocalnya cukup mantap dan suaranya begitu jelas sekali. Begitu juga persembahannya. Dianugerahkan paras rupa yang manis serta vocal yang begitu sedap, nadia menggunakan kesemuanya untuk mengumpan undi para penonton. Suara yang besar, walaupun berbadan kecil, nadia begitu cemerlang. Dari segi tempo, pitching pula tidak banyak masalah. Saya boleh katakan perfect. Nadia cuba membawakan dengan caranya tersendiri, cukup baik dan cukup cemerlang.
SCORE: 7.6/10

6. Stacy- Saya tidak menafikan, pengalaman yang ada pada stacy banyak membantunya untuk membuat persembahan yang memang baik pada malam itu. Stacy telah membawakan lagu yang memang sukar dangan cara yang tersendiri. Stacy agak unik dari segi suaranya kerana mempunyi suara yang serak2 basah. Keunikan suara stacy menyebabkan dia tidak perlu mengubah terlalu banyak dalam persembahannya. Suaranya yang agak unik menyebabkan setiap lagu yang akan dibawanya pastinya tidak akan sama seperti original singer. Walau bagaimana pun, saya merasakan stacy harus mengawal keserakan suara stacy kerana jika tidak dikawal lagu akan kedengeran "cacat". Persembahan stacy agak sedikit over dan ada sesetengah part yang tidak kena. Walau bagaimanapun, saya nampak stacy mempunyi bakat untuk menari. SCORE: 7.5


7. Ika- Amat menyedihkan dan saya secara jujur mengatakan ika tidak layak untuk masuk pertandingan nyanyian akademi fantasia. Terlalu lemah dari segi vocal dan begitu juga persembahannya, nampak sangat ika tidak confident. Pitching and tempo jauh tersasar dan saya tidak nampak kekuatan vocal ika. Bagi saya vocal ika hanyalah sesuatu yang biasa dan tidak ada yang special. Saya merasakan ika akan bakal tersingkir malam itu, namun begitu malaysia masih buta kerana masih mengundi ika. Atau mungkin malaysia memberi ika peluang yang kedua. SCORE: 3.5/10


8. Saida- Merupakan pelajar yang cukup popular kerana beliau merupakan kakak kepada siti nurhaliza. Saya menjangkakan suara beliau agak hebat. Namun sayang, seribu kali sayang saya semuanya hancur. Dari suaranya hinggalah ke persembahannya, tidak ada satu part pun saya tertarik. Banyak yang perlu diperbaiki. Namun begitu, mungkin faktor lagu yang dibawakan oleh saida membuatkan saya memberikan beliau score sedikit lebih. SCORE: 4.1/10


9. Stanly- beliau membawakan lagu yang agak sukar pada malam itu dan memang tidak dapat dinafikan beliau membawakan begitu baik. Suara jantanya agak sesuai dengan lagu you raise me up. Stanly juga cuba menghayati lagu tersebut dengan penuh perasaan. Bagi saya cukup cemerlang untuk tahap minggu pertama dan saya yakin jika suaranya diasah lagi, pasti dia boleh menjadi seorang penyanyi dan satu raw yang baru dalam industri muzik tanah air. Suara stanly, mungkin masih belum ada lagi di Malaysia. Suara jantannya lain daripada yang lain. Mempunyi karekter yang tersendiri. SCORE: 7.7/10


10. Lufya- saya langsung tidak terhibur dengan persembahan lufya. Saya merasakan persembahan lufya terlalu biasa dan tidak ada daya tarikan yang tersendiri. Saya agak bosan melihat persembahan lufya pada malam itu. Dari segi vocalnya pula, tidak ada yang special. Mungkin agak sedikit bertenaga vocalnya berbanding saida dan yana, namun begitu ia tidak mampu untuk mempengaruhi saya untuk memberikan point yang besar kepada beliau.
SCORE: 4.4/10


11. Naim- persembahan naim agak sederhana. Tetapi saya suka suaranya yang agak keras dan begitu bertenaga. Perlu diberi peluang lagi agar beliau dapat menunjukkan bakat beliau. Saya tidak begitu tertarik suara beliau kerana kurang merdu dan lagu yang dibawakan pada malam itu agak lama. Tetapi Naim dapat hit not-not yang agak tinggi dan faktor ini memberi kelebihan kepada beliau. Vocalnya juga agak jelas dan lantunan suara boleh diperbaiki. SCORE: 6.2/10



12. Nubhan- Suara nubhan agak lemah dan tidak ada part yang begitu special. Saya tercari-cari part yang special pada malam tersebut namun semuanya hanya keboringan. Agak boring persembahannya. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan perlu dilatih terutamanya vocalnya. Saya secara jujur mengatakan suaranya tidak sedap dan persembahannya juga agak lemah. Bagi saya, pitching dan tempo ada yang tersasar. Mungkin perlu diperbaiki, kita lihat minggu depan. SCORE: 5.0/10

13. Toi- satu lagi persembahan yang amat boring pada malam itu. Sungguh mengecewakan. Tak layak dapat 2 pinggat emas. Suaranya agak mendatar, tiada style yang tersendiri dan persembahan yang agak bodoh macam patung sebab lagu yang membosankan dan suara yang tidak sedap. Pitching dan tempo memang lari ke laut dan kedarat. SCORE: 3.6/10

14. Faisal- Muka boleh tahan, tapi suara agak mengecewakan. Lagu yang dibawakan juga agak senang juka dibandingkan pelajar2 yang mendapat score yang tinggi. Walaupun begitu, tidak lah seteruk pelajar2 yang mendapat score bawah 4.0. Suara biasa jer. Nothing special and i don't think i like it. SCORE: 4.0/10

A+ (9-10) >> NONE
A (8-8.9) >>NONE
A-(7.5-7.9) >>Riz, Stanly, Nadia, Stacy
B+(7.0-7.4) >>Rina
B (6.5-6.9) >>Yana
B-(6.0-6.4) >>Naim
C+(5.5-5.9) >>Nubhan
C(5.0-5.4) >>NONE
C-(4.5-4.9) >>Alif
D(4.0-4.4) >>Lufya, Saida, Faisal
D+(3.5-3.9) >> Ika, Toi
E(3.0-3.4) >>NONE
F (0.0-2.9) >> NONE

PELAJAR YANG TERKELUAR: YANA
PELAJAR YANG SEPATUTNYA TERKELUAR: IKA
TOP FIVE TO FINAL: RIZ, STANLY, NADIA, STACY AND YANA

No comments:

Other stories

Related Posts with Thumbnails