Sunday 16 March 2008

Wanita India lahir bayi miliki 2 muka


NEW DELHI: Seorang wanita India melahirkan seorang bayi perempuan yang mempunyai dua muka dan dua pasang mata di sebuah perkampungan di daerah Gautam Buddha Nagar di Uttar Pradesh, kira-kira 50 kilometer ke timur New Dehli.


Media tempatan dan akhbar Britain, The Telegraph melaporkan semalam, bayi berusia empat hari itu anak pasangan suami isteri Vinod Singh dan isterinya, Sushma.

Malah kelahiran bayi berusia empat hari itu yang belum diberikan nama, berlaku dua tahun selepas India dikejutkan dengan kelahiran seorang bayi, Lakshmi Tatma yang mempunyai dua pasang kaki dan tangan.


Mengikut doktor di Hospital Saifai, Dadri, bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat.

“Seorang pesakit wanita yang sakit hendak bersalin, dimasukkan ke hospital ini kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu.

“Beliau bersalin secara normal biarpun bayinya cacat kerana mempunyai dua muka dan dua pasang mata. Tetapi baik si ibu mahu pun bayi berada dalam keadaan sihat dan stabil,” kata Dr Aas Mohammad.

Namun, bagi Vinod dan isterinya, apa yang lebih mereka utamakan sekarang adalah bagi mendapatkan bantuan kerajaan untuk merawat bayi mereka.

Seperti Lakshmi, kelahiran bayi bermuka dua itu dianggap masyarakat sekeliling perkampungan yang terletak di kawasan pedalaman berkenaan sebagai unik dan boleh membawa tuah.

source taken from berita harian..

1 comment:

Potia Casadelarossa said...

kesiannya... Allah maha kaya...

Other stories

Related Posts with Thumbnails