Friday 10 February 2012

Realiti Bantuan Satu Malaysia RM500 Di Sabah

I usually write in English but for this particular post I have to write it in Malay because my target is Malaysian especially those who are Sabahan.

Petang tadi secara kebetulan saya melalui LHDN Kota Kinabalu. Sekilas pandang melihat mereka adalah penduduk tempatan yang berpusu-pusu masuk ke kawasan LHDN untuk mendapatkan bantuan RM500 daripada pihak kerajaan. Tidak kurangnya mereka yang beratur di barisan rayuan permohonan. Saya tidak menafiakan bahawa idea bantuan 1 Malaysia yang disalurkan oleh pihak kerajaan sememangnya salah satu cara kerajaan pusat untuk membantu rakyat khususnya golongan yang tidak berkemampuan. Situasi yang berlaku di sabah mungkin tidak sama seperti apa yang berlaku di negeri-negeri lain tetapi secara peribadi keadaan yang berlaku ini adalah satu fenomena ynag dipanggil "unfair situation" atau satu fenomana yang tidak adil.

Realiti bantuan satu malaysia di sabah khususnya di kota kinabalu berdasarkan pandangan peribadi saya, PTI (pilak) atau Pendatang Tanpa Izin seolah-olah mampu menerima bantuan dari pihak karajaan walaupun pada dasarnya mereka bukanlah golongan yang layak biarpun pendapatan isi rumah kurang daripada RM3000. Saya begitu terkejut apabila melihat dengan lebih dekat dan menyedari bahawa ratusan pemohon yang datang ke LHDN Kota Kinabalu adalah golongan pendatang asing yang mungkin memegang kad pengenalan palsu atau mendapat kad pengenalan melalui "projek IC" atau yang seumpama dengannya. Mungkin para pembaca meragui kesahihan situasi yang cuba saya utarakan tetapi hakikatnya sebagai rakyat Sabah kita boleh mengenali antara penduduk jati sabah dan penduduk luar yang datang dari luar dan tinggal di sabah. Itulah realitinya, walaupun golongan-golongan pendatang tanpa izin ini cuba untuk menukar cara pemakaian, loghat pertuturan atau penampilan diri mereka tetap tidak akan sama seperti penduduk bumiputra Sabah.

Pengalaman saya tinggal di United Kingdom selama dua tahun mengingatkan saya betapa besarnya persamaan antara scottish, welsh dan english. Namun begitu bagi mereka tiga rumpun penduduk ini adalah sangat berbeza dan tidak mungkin sama walaupun mereka tinggal di atas tanah yang sama iaitu United Kingdom. Orang english boleh membezakan antara orang welsh dan orang scottish dengan begitu mudah. Begitu juga sebaliknya. Mungkin para pembaca mengatakan bahawa mereka adalah bumiputera sabah yang kelihatan seperti pendatang tanpa izin tetapi seperti yang saya katakan tadi, sebagai penduduk jati sabah tidak sukar bagi kami untuk membezakan antara dua kategori ini iaitu penduduk bumiputra sabah dan pendatang tanpa izin. Saya masih ingat PRU-12 yang lepas, kerajaan perseketuan menabur janji kepada penduduk sabah untuk memberikan ganjaran kerana sokongan padu terhadap parti kerajaan, terbukti apabila sabah merupakan negeri yang pertama membentuk kerajaan di Malaysia. Tetapi, inikah janji yang diberikan kepada kerajaan? Ibarat anak kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Itulah realiti dan hakikat yang berlaku disebalik bantuan RM500 dari pihak kerajaan. Masih ramai lagi penduduk kampung yang tinggal nun jauh di pedalaman yang hanya mendapat bantuan RM500 tetapi memiliki keluarga yang besar. Mengapa lebihan duit bantuan diberikan kepada pendatang tanpa izin? ataupun pemegang IC palsu? Persoalannya adakah golongan-golongan ini terlibat dalam pembayaran cukai kepada kerajaan? Pastinya tidak. Tetapi mengapa mereka masih layak untuk mendapat bantuan tersebut? Dimanakah silapnya? Siapa yang harus dipersalahkan atau siapakah dalangnya disebalik semua ini?

Terlalu banyak persoalaan yang tidak boleh dihuraikan dengan hanya bergantung kepada 25 abjad. Tetapi saya hanya mahukan kesedaran daripada seluruh rakyat sabah. Bangunlah dan tukarlah pakaian kita yang sudah lusuh dipakai selama lebih dari 50 tahun.

7 comments:

Jo Qusary said...

Good point. Those who distributed the money should have investigated the background of the applicants. I have been to Sabah many times, and I can tell that most of these pendtg tanpa izin are Malay Philippines who tend to emulate certain bumiputras in Sabah like the Bugese and the Bajaus, for instance.

I used to be eyed suspiciously by the Sabahans because I have dark skin like the pendtg tanpa izin there, until I showed them my ID and introduced myself as a lawyer from KL.

In this issue, I believe that it is not the fault of the central government to overlook the fact that some of the recipients of BR1M in Sabah are immigrants, but the distributing agents/reps who were negligent in identifying those who deserve the country's money. Perhaps we should send someone to monitor these distributors.

ku-cit said...

masa untuk merubah akan tiba... jom jalankan tanggungjawab masing2...

Apple said...

Atlast Andrik, the best post ever made by you.
Spekulasi ramainya kakitangan kerajaan berbangsa pakistan dikaitkan dgn ketua Menteri kita Musa Aman, agak2lah, jika benar, mungkinkah isu PATI ni akan selesai? Hoho..

Sabah sememangnya dianak tirikan smp hasil bumi pun kita bagi kat persekutuan, bumiputera xde hak setaraf ketuanan melayu. 20 perkara terbatal camtu sj.

BR1M ni mcm ad udang di sebalik mi. Jika hanya sekadar tahun ni dan tahun2 depan xde, mmg tragisla. Hoho.. mcm permainan politik untuk meraih undi semasa PRU13 nanti shj.

5 stars bro!

Kakcik Seroja said...

Semoga rakyat Sabah akan membuka mata selepas sekian lama terlena diulit mimpi yang mengasyikkan walaupun hakikatnya ia tetap mainan tidur semata.

Anonymous said...

please find : http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

Fadzmie said...

Belum tengok LHDN sini Kudat lagi ni. Ramai gila PTI! Hmm.

Aziz Syaidahtul said...

betul... hak pribumi sabah prlu kena jaga... n something need to do dibahagian imigresen...isu pemberian kerakyatan dgn golongan PATI terlampau mudah, kad pengenalan palsu, macam xda tindakan...org sabah ni ramai, tp bukan ramai kenapa, ramai PATI and yang senangnya dapat ic

Other stories

Related Posts with Thumbnails